Skuad hoki lelaki negara terpaksa akur dengan kekuatan juara tiga kali Belanda, apabila tewas 4-0 dalam aksi sulung kumpulan C kejohanan Hoki Piala Dunia di Stadium Birsa Munda, Rourkela di India, petang Sabtu.<br /><br />Belanda, pasukan di ranking ketiga dunia, ternyata berada dalam kelas tersendiri menerusi kepantasan dan keupayaan teknikal dimiliki barisan pemain sekali gus memaksa skuad Speedy Tigers bekerja keras sepanjang perlawanan.
